Rabiul Awwal amat menggembirakan saya

Hari ini adalah hari yang amat menggembirakan untuk saya. Ia disebabkan bermulanya Maghrib semalam telah masuknya kita ke bulan Rabiul Awwal 1447H. Memasuki bulan Rabiul Awwal amat mengujakan saya.  Ini kerana selain ia merupakan bulan kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ia jugak merupakan bulan kelahiran saya. Saya merupakan seorang yang saban tahun menyambut ulangtahun kelahiran tahun hijrah saya kerana pada saya selain saya rasa bertuah dapat berkongsi bulan kelahiran dengan Baginda Nabi SAW, ia jarang diraikan oleh sesama kita. Saya lahir pada 09 Rabiul Awwal 1403. Walaupun umumnya tertulis Nabi Muhammad SAW lahir pada 12 Rabiul Awwal, ada sumber yang menulis Nabi Muhammad SAW lahir pada 09 Rabiul Awwal pada tahun 571 Masihi. Terdapat sekurang-kurangnya 12 peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Rabiul Awwal. 

Popular posts from this blog

Aku bukan Mat Rempit!

Perempuan tak pernah salah

Aku, kotak, cermin, dan pembaris