Posts

Sabah hari 10 06/10/2025

Image
bgn time azan Subuh walaupun alarm dah bunyi sebelum tu lg. tak mandi tapi buang air dulu, wudhuk dan solat. baca Quran. takde apa sangat buat kat bilik. pasang Youtube ceramah Ustaz Kazim- tp kain batik merangkap towel dah dibasuh, semua dah basuh la, tinggal baju kelawar yang sedang dipakai ni je... ikutkan nak keluar awal sikit tapi selain sayang nak tinggal tempat ni, sempat la tunggu kain batik tu kering dan semoga Quran yang dianginkan sejak kelmarin tu pun makin ok. kol 11 dah kat motor, simpan2 apa yang patut ke dalam box. nak kena kurangkan barang dalam beg sebab nanti Quran3 nak kena letak dalam beg lepas dah amek barang dari Abg Ayu nanti. Urm... selain ruang, terasa ringan pula beg ungu ni.  Mulakan perjalanan ke Masjid Menumbok dulu. 5 hari 4 malam di Menumbok takkan nak amek gambar je... masuk la solat walaupun untuk 2 rakaat Tahiyatul Masjid. Masjid ni masjid baru dan masih dalam proses touch-up sebab ada orang tengah buat wiring dan ada yang sedang meng...

Aku bukan Mat Rempit!

Panas tentang perhimpunan tahunan pencinta-pencinta motorsikal RXZ di Kuala Terengganu yang baru saja berlalu masih ada. Ia memberikan aku idea untuk menulis sesuatu mengenai aku dan motorsikal.  Apabila bercerita tentang seseorang yang sinonim dengan penggunaan motorsikal sehari-hari atau sebagai penunggang motorsikal, antara ayat yang sering didengari ialah "dia ni mat rempit ni..." "Mat rempit" adalah slanga anak muda yang merujuk kepada penunggang motorsikal berkuasa rendah yang membuat jenayah jalanraya contohnya seperti lumba haram, menunggang motorsikal secara bahaya, membawa motorsikal melebihi had laju, berkumpul di tempat-tempat tertentu sambil membuat bising, atau melakukan aksi bahaya. Betapa meluasnya penggunaan "Mat Rempit" ini hinggakan telah dimasukkan ke dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED), yang meletakkan "rempit" sebagai seorang lelaki (kebiasaannya usia muda) yang terlibat dalam perlumbaan haram motorsikal di jalanan dan ...

Aku bukan Mat Rempit!!!

Panas tentang perhimpunan tahunan pencinta-pencinta motorsikal RXZ di Kuala Terengganu yang baru saja berlalu masih ada. Ia memberikan aku idea untuk menulis sesuatu mengenai aku dan motorsikal.  Apabila bercerita tentang seseorang yang sinonim dengan penggunaan motorsikal sehari-hari atau sebagai penunggang motorsikal, antara ayat yang sering didengari ialah "dia ni mat rempit ni..." Merujuk Kamus Dewan, perkataan rempit adalah tentang dialek Perak yang merujuk kepada "menyebat dengan rotan", namun tidak ada perkataan "rempit" yang mengaitkannya dengan dunia permotoran.  "Mat rempit" adalah slanga anak muda yang merujuk kepada penunggang motorsikal berkuasa rendah yang membuat jenayah jalanraya contohnya seperti lumba haram, menunggang motorsikal secara bahaya, membawa motorsikal melebihi had laju, berkumpul di tempat-tempat tertentu sambil membuat bising, atau melakukan aksi bahaya di jalanraya.  Saya tidak pasti daripada mana asal datangnya pe...

Perempuan tak pernah salah

Perempuan tak pernah salah! Aku betul-betul tak setuju dengan terma yang tular ini. Betul, asalnya ia cuma sekadar sindiran yang kemudian dijadikan gurauan, namun apabila acapkali digunakan, menyampah jadinya! Ada yang pembaris mempersoalkan pula kenapa perempuan tak pernah salah? Adeh... itu satu sindiranlah!  Perempuan yang tak faham itu sindiran pula gunakannya sebagai satu senjata. Ada yang gunakan sebagai ayat untuk mengugut, untuk bergaduh, atau untuk menang, sedangkan hakikatnya ia menampakkan kebodohan.  Eh, bukan saya tidak boleh dibawa gurau tapi gurauan yang digunakan berulangkali akan jadi tak kelakar, klise. Tolonglah! 

Aku, kotak, cermin, dan pembaris

Antara yang sering kupastikan ada dalam kotak fikiran ini adalah satu perkataan, "syukur." Ramai yang bercita-cita untuk menjadi seperti seseorang yang lain, yang lebih hebat, kaya, ternama.. Kenapa perlu lihat pada satu kekurangan sedangkan nikmat yang ALLAH beri tidak pernah terhitung. Pembaris kehidupan tentunya tidak sama, namun bersesuaian dan tentunya yang terbaik telah diberikan oleh Yang Maha PENCIPTA. ALLAH mencipta bukan sekadar ciptaan, tetapi dengan pakej taqdir, rezeki, dan ketentuan. Terpulang kepada kita dalam menguruskan takdir kehidupan, sebagaimana kita berhias untuk mahu dilihat indah di cermin, begitulah hasil yang indah terbias dari  pengurusan takdir secara indah. Kita adalah pantulan cara  kita berdepan kehidupan. Seandainya syukur sentiasa di diri, takkan pernah ada iri pada kehidupan orang lain.. 

Rabiul Awwal amat menggembirakan saya

Hari ini adalah hari yang amat menggembirakan untuk saya. Ia disebabkan bermulanya Maghrib semalam telah masuknya kita ke bulan Rabiul Awwal 1447H. Memasuki bulan Rabiul Awwal amat mengujakan saya.  Ini kerana selain ia merupakan bulan kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ia jugak merupakan bulan kelahiran saya. Saya merupakan seorang yang saban tahun menyambut ulangtahun kelahiran tahun hijrah saya kerana pada saya selain saya rasa bertuah dapat berkongsi bulan kelahiran dengan Baginda Nabi SAW, ia jarang diraikan oleh sesama kita. Saya lahir pada 09 Rabiul Awwal 1403. Walaupun umumnya tertulis Nabi Muhammad SAW lahir pada 12 Rabiul Awwal, ada sumber yang menulis Nabi Muhammad SAW lahir pada 09 Rabiul Awwal pada tahun 571 Masihi. Terdapat sekurang-kurangnya 12 peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Rabiul Awwal.