Aku, kotak, cermin, dan pembaris
Antara yang sering kupastikan ada dalam kotak fikiran ini adalah satu perkataan, "syukur." Ramai yang bercita-cita untuk menjadi seperti seseorang yang lain, yang lebih hebat, kaya, ternama.. Kenapa perlu lihat pada satu kekurangan sedangkan nikmat yang ALLAH beri tidak pernah terhitung. Pembaris kehidupan tentunya tidak sama, namun bersesuaian dan tentunya yang terbaik telah diberikan oleh Yang Maha PENCIPTA. ALLAH mencipta bukan sekadar ciptaan, tetapi dengan pakej taqdir, rezeki, dan ketentuan. Terpulang kepada kita dalam menguruskan takdir kehidupan, sebagaimana kita berhias untuk mahu dilihat indah di cermin, begitulah hasil yang indah terbias dari pengurusan takdir secara indah. Kita adalah pantulan cara kita berdepan kehidupan. Seandainya syukur sentiasa di diri, takkan pernah ada iri pada kehidupan orang lain..